jom klik2 bagi hadiah untuk airis tomey ;)

Khamis, 13 Oktober 2016

Seoul Cherry Blossom Day 2 End of Day 2

Sambungan Day 2.

Sampai Cheongnyangni St, singgah jap Lotte Mart sebab nak cari charger cable iphone. Syok sangat bergambar kat Nami tak perasan cable charger tercicir. Nasib baik ada. Rugi KRW 6000 beli something takde dalam plan. Tu pun beli yang paling murah takde brand. Lama jugak lepak kat Cheongnyangni ni. Airis buat pasal maybe sebab lapar. Masa kat Nami dia tak nak makan sangat. Jumpa kedai bakery Mr.Donut so tawakal lah beli donut coklat satu untuk Airis. Baru mood ok boleh jalan. Selagi mood dia tak ok tak boleh gerak nanti susah. Dari Cheongnyangni St, naik subway ke Dongdaemun St. Kat subway Dongdaemun St jumpa makcik jual manjoo hana. Kuih ikan inti custard. Beli jugak buat alas perut. Sedap makan sejuk sejuk. 



Plan kami lepas ni nak dinner di Dongdaemun Grilled Fish Alley. Nama kedainya Honam Jib 호남집 Dari Dongdaemun Station, ambil Exit 8. Jalan di hadapan Marriot Hotel, di mana Marriot Hotel sebelah kanan dan Cheongyecheon Stream di sebelah kiri. Jalan terus ke hadapan sehingga jumpa simpang yang pertama. Dari simpang tu cari satu alley yang kecil di sebelah kiri. Paling senang guna google maps je. Latitude Longitude (37.5702, 127.00635). 




Kat luar tu memang nampak ahjumma tengah grill ikan and bau memang semerbak. Kedai kecil je tapi dua tingkat. Kami pilih duduk atas sebab kat bawah macam penuh. Kena buang kasut naik tangga kayu. Kat dinding kedai ni nampak banyak gambar artis korea datang makan. Kiranya tempat ni famous jugak la kan. Kami order grilled spanish mackerel dan sotong  (ojingo bokkeum) sekali dengan nasi dan banchaan segala jenis yang memang akan dihidang. Kedai ni pun popular dengan tourist Malaysia sampaikan ahjumma ni dah tahu sebut sotong. Makanan sedap and kids friendly. Airis makan ikan dengan sup. kenyang lah dia. Paling risau kalau Airis lapar time travel.




Lepas dah kenyang and dah rehat sekejap, kami teruskan agenda seterusnya pergi Doota Mall 두산타워. Kat Doota Mall ni target nak cari souvenir kat kedai Arirang. Kedai souvenir Arirang terletak di tingkat 5. Masuk kedai ada Malaysian tengah beli barang sambil ditemani travel guide. Promoter perempuan yang layan kami tu boleh cakap melayu. Rasanya macam Indonesian. Tapi layan macam tak nak layan sebab dia dah nak habis shift kerja. Lepas tu tegur baju kami bau ikan bakar. Haha. Belek-belek harga kat sini semua mahal dari target harga list yang dah buat siap-siap hasil baca froum cari Korea dan blog. So just beli t-shirt putih biasa 'i love korea' tu 3 pieces for KRW10K. Depan kedai ni ada jual accesory pulak dah. Airis buat hal nak rantai bunny apa entah. Puas pujuk tak nak lepas. So kena pow la kat sini dalam KRW20K. Lagi mahal dari baju 3 helai. Adui....


Nampak tak Airis bergambar pakai rantai dengan patung Line? Happy la tu dah dapat idaman hati. Berjanji nak jadi good girl je lepas ni.



Keluar dari Doota Mall, kami menuju ke Dongdaemun Design Plaza (DDP). Bangunan besar yang unik macam UFO. Kat dalam or right under building ni terletaknya subway Dongdaemun and History Culture Park Exit 1. Kami naik subway direct balik ke Myeongdong. 





Before balik Namsan GH, sempat lepak minum coffee dulu kt Twosome Coffee. Twosome Coffee ni memang kitorang tempuh sebelum sampai GH. Lepak sekejap lepas tu berlari balik Gh bila Airis cakap dia nak gi toilet. Haha. Panic attack jap mummy takut tak sempat. 




End of day 2


Tiada ulasan: