jom klik2 bagi hadiah untuk airis tomey ;)

Rabu, 30 September 2015

Jalan-jalan Penang Day 1

All of sudden rase nak menulis. Ada dua cite holiday yang tak tertulis kat blog ni. Satu holiday kat Penang and satu lagi holiday kat Pulau Redang.

This entry nak cite holiday kat Penang dulu lah. Kene jot down jugak so next time nak pergi Penang boleh rujuk blog je. Trip Penang ni happened on 6 Februari - 9 Februari 2015.

Kitorang bertolak ke Penang dari KL. Kat KL stay kat Damansara Tune Hotel semalam. Tobat tak nak duduk dah. Bilik kecik amat nak sangkut baju and nak letak luggage bag pun tak muat. Pastu bilik tu no window so memang rasa sesak nafas macam duk dalam kotak.

Penang trip ni plan jenjalan bersama kawan-kawan zaman UTM dulu. Lija and family, Fa and me satu family. Pagi hari sebelum bertolak my friend Fa datang kat hotel untuk join sama naik satu kereta. Suka la Airis ada kawan ajak bermain kat belakang. Dilema anak tunggal. Lija plak bertolak dari Kuala Terengganu and kami plan just to meet there at the hotel nanti. Hotel macam biasa me siap tempah pakai Agoda.

Dari KL, plannyer adalah nak menaiki feri ke Pulau Pinang. Tak pernah lagi naik feri Pulau Pinang so for the experience sake me bagitahu hubby menghala Pelabuhan Penang Pengkalan Sultan Abdul Halim. Sampai sana bayar tol RM7.70 untuk sebuah kereta dan beratur ikut laluan kereta. Masuk ke dalam feri, tarik brek tangan dan matikan enjin kereta. Then, kami semua turun to enjoy the view. Cuaca cerah elok on that day.





Kami sampai Georgetown dalam pukul 12.30pm. Perut masing masing dah lapar sangat mintak diisi. Cannot wait to taste the famous Nasi Kandar. So terus tuju ke Restoran Kapitan. This restaurant is famous for their briani claypot and naan bread. We ordered 3 sets of claypot rice and 1 naan bread. Huge portion of rice and chicken. Should have ordered two only and kongsi bertiga. Last2 tapau bawak balik hotel. Me memang sengaja pilih restoran ni sebab dia proper restaurant so selesa sikit nak duduk ngan budak kecik time2 panas terik. And this restaurant pun bersih.



Restoran Kapitan,
93, Lebuh Chulia,
10300 Georgetown, Penang.

Then after perut dah kenyang semua, kami berangkat cari hotel. We stayed in Armenian Street Heritage Hotel for 2 nights. Rate yang dapat dari Agoda is RM163/night. Hotel is not bad and quite big, clean, comfortable, in the middle of town but the minus point is it has no fridge. I would rate full mark if only ada fridge dalam bilik. Parking hotel ni masuk jalan kecik and jalan masuk and jalan keluar is the same. Parking agak limited sebab parking space kecil but we have no problem cari parking in our 3 days stay there.

After solat and rest kejap we all pergi gerai Teo Chew Cendol yang famous tu just few blocks from hotel. Ade other gerai cendol kat sama deret dengan dia but you will recognize instantly yang mane satu Teo Chew sebab gerai dia ramai org kerumun. Ramai orang just makan depan grai tu je but if nak selesa orang gerai tu suruh pergi duduk kat meja kedai hijau sebelah. Kami ke kedai hijau sebelah and tambah lagi order sotong kangkung satu.




Teo Chew Cendol
27 & 29 Lebuh Keng Kwee,
10100 Georgetown, Penang

After sedap tekak sejuk makan cendol kitorang sepakat pergi Penang Art Street. Rupa-rupanya kat sini boleh sewa basikal jalan2 tengok art street. Me, hubby and Airis sewa basikal ada 3 tempat duduk. Seronok betul Airis. Nanti tuan kedai akan bagi peta location kedudukan art street yang ada. So kayuh la basikal tu besarkan mata cari Art Street yang ada.







After dah puas berpeluh ketiak kayuh basikal, kami balik hotel untuk mandi solat semua before our next destination. Lija sekeluarga pun dah sampai kat hotel. Kesian Lija sampai lewat tak boleh join our previous activity. Sufi anak Lija kecik lagi so banyak hal nak kena take care of and diorg bertolak lambat from Terengganu. 

Plan malam after jamak Maghrib and Isya' was Night Market Batu Feringghi. Kawasan night market ni meriah dengan orang. Parking agak susah. Last2 kami parking kat kawasan stesen minyak kat situ. Night market ni betul2 tepi jalan. Kat sini banyak jual souvenirs. tshirt, tapi harga macam agak mahal. Maybe sebab dah sinonim ngn tourist spot so peniaga ambik peluang up harga. Hubby just belikan satu t-shirt lukis tangan untuk Airis. Rare katanya. Tak menarik sangat pun nak shopping kat sini. 

After jalan-jalan kejap kat night market, kami pergi makan kat gerai Mady Char Koey Teow. Lokasi dia kat depan sikit je dari night market tu. Boleh tahan la kueteow sedap tapi portion sikit. Macam tak puas je makan sepinggan. Seronok makan ramai2 sambil layan maharaja lawak final malam tu kalau tak silap. Seronok sangat sampai gambar pun lupa ambik. 

Mady Char Koey Teow,
Jalan Sungai Emas, 
Batu Ferringhi, 11100 Ayer Itam, Penang. 

After makan, kami semua balik hotel and balik tidur. Habis Day 1 kat Penang. To be continued.....



Tiada ulasan: