jom klik2 bagi hadiah untuk airis tomey ;)

Wednesday, September 21, 2016

Seoul Cherry Blossom Hunting. Part 1

Seoul 6 April - 10 April 2016.

The most awaited trip of 2016. Misi cherry blossom hunting accomplished dengan jayanya.

Day 0.
Flight from Kuala Terengganu to KLIA2 at 8.20pm. Flight KLIA2 to Seoul 1am. Highlight of the night, Airis terkencing dalam seluar sebab tak sempat buang seluar masa dalam toilet. This was before masuk boarding room. Me forgot bawa baju spare macam selalu. At last Airis pakai kain batik the whole flight to Seoul. Nasib baik ada kain batik. Aduhai..

Day 1.
Arrived at Seoul 8.10am. Suhu 9 degree. Freezing. Dekat imigresen beratur panjang sangat and we spend about 1 hour there. After imigresen, ambil luggage, stroller and korek seluar dari luggage untuk Airis. Keluar ke Arrival Hall, pergi convenience store top up T-money and then cari booth KT Olleh untuk collect pocket wifi egg which i booked earlier in their website. Keluar dari terminal, terus pergi bus stop and naik bas 6015 ke Myeongdong  dalam pukul 10 lebih.




6 April 2016. Bas lalu sebelah Yeouido Park. The cherry blossoms was blooming. Subhanallah. First time tengok. Sampai ternganga sebab lawa sangat. Rasa macam tak percaya pun ada. Bukan senang nak terserempak dengan cherry blossom. Alhamdulillah i picked the right date. Jalan belakang belakang National Assembly ni also known as Cherry Blossom Road memang famous for their beautiful lined cherry blossom trees.






Bila nampak Namdemun Gate (Sungnyemun Gate) maknanya dah dekat dengan Myeongdong which is the last stop.


Sampai Myeongdong dalam pukul 12 tengahari. Bas berhenti dekat bus stop Myeongdong. Lintas jalan dekat zebra crossing. Jalan straight menuju ke Pacific Hotel and ambil lane sebelah kanan di hadapan Pacific Hotel untuk menapak ke Namsan 3 Guesthouse. Naik lif ke tingkat 2 ke office untuk check in. Sebelah office tu pantry and sudah ada dah few Malaysians tengah makan masa kami sampai. Memang GH ni tumpuan umat Malaysia pun. Masuk bilik rest sekejap, mandi and solat.

First aktiviti kami semestinya makan. Lapar. Ada restoran pork free name Yoogane kat Myeongdong Street. This restaurant do not serve pork tapi please take note ayam tidak halal ye. Pernah terserempak kat instagram budak melayu order ayam cheese. Yang boleh order ialah seafood marinated fried rice. Portion agak besar. Kenyang betul makan 2 orang. Airis tak nak makan because tangan dia still sakit sebab terkepit stroller. Alkisah stroller tak fully prop up dia sudah duduk. Me beli ais dalam cawan buat tuam tangan dia tak mahu bagi bengkak teruk.





After dah kenyang, keluar dari Myeongdong Street ke bus stop untuk naik bas ke Namsan Tower. Depan bus stop tu ada 7E so sempat lah beli banana uyu. Sedap betul susu pisang ni. Airis pun suka. Boleh la buat alas perut dia sebab tak mahu makan. Nasib baik kat GH dia sudah makan burger lebih dari inflight meal semalam.




Habis Part 1. Nanti sambung lagi. Wait for it.............